Pelajar sekolah swasta maut motosikal terbabas di Cyber Valley

SEORANG pelajar sekolah swasta berusia 16 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Jalan CV 4 Cyber Valley, Cyberjaya semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari sebuah sekolah antarabangsa ke rumahnya.

Menurutnya, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh di atas jalan raya.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh penolong pegawai perubatan Hospital Cyberjaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Norhizam turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Amira Abu Hassan menerusi talian 019-602 6596 atau 03-8777 4264, atau hadir ke balai polis berhampiran.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here