Pelajar maut dirempuh kereta, ketika melintas jalan pulang dari sekolah

SEORANG pelajar sekolah menengah maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan berhampiran sekolahnya di Kilometer 55, Lebuhraya Pan Borneo, semalam.

Dalam kejadian jam 1.10 tengah hari itu, mangsa yang dipercayai pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Luar Bandar Bekenu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kemalangan membabitkan sebuah kereta dipandu wanita tempatan berusia 46 tahun.

Beliau berkata, kereta berkenaan dalam perjalanan dari arah Miri menghala ke Bakong sebelum dipercayai melanggar mangsa yang sedang melintas jalan.

“Akibat perlanggaran itu, pelajar terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Faizal Moktar, di talian 012-818 6509 atau 085-430 479, atau hadir ke balai polis berhampiran.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here