Pelancong asing dialu-alukan tetapi jangan biadab!

ANALISIS

KEJADIAN seorang pelancong asing bertindak biadab ke atas seorang pekerja Zus Coffee sepertimana heboh diperkatakan adalah satu perbuatan yang tidak boleh diterima sama sekali.

Walaupun tidak dinyatakan  dari negara mana  pelancong tidak bertamadun tersebut namun dari bahasa percakapannya..orang boleh meneka.

Penulis tidak berhasrat meneka kerana ini bukan soal pelancong negara mana tetapi soal kebiadaban yang dilakukan.  Kalaupun ada salah faham, jangan sampai bersikap begitu walaupun di negara pelancong tersebut ..macam itulah perangainya.

Sama ada  dia datang sebagai pelancong atau mungkin bekerja di negara ini bukan isunya..isunya ialah ini bukan negaranya..negara ini ada adab dan undang-undang.

Kalau dia melancong, buatlah cara pelancong jangan adab, jaga sikap…jangan biadab. Lagipun sebelum ini sudah berlaku banyak kali pelancong dari negara tertentu tidak tahu adat masuk ke negara orang.

Mereka ingat bila jadi ‘pelancong idaman’ kepada industri pelancongan Malaysia maka mereka boleh berbuat apa sahaja. Kalau itu tafsirannya, mereka silap!

Rakyat Malaysia dikenali sebagai orang yang berbudi bahasa,peramah dan melayan pelancong dengan baik. Mereka mengalu-alukan kedatangan pelancong ke negara ini tetapi kalau pelancong mahu buat perangai ‘sila berambus’!

Mungkin perkataan itu kasar tetapi itulah perkataan paling sesuai untuk pelancong yang bersikap seperti dekat Zus itu.

Penulis berterimakasih kepada pengurusan Zus yang mempertahankan kakitangannya. Itulah cara terbaik dan bukannya disebabkan orang itu pelancong maka kita tidak mahu membela pekerja kerja…lagi ‘naik tocangla’ puak-puak tu.

Lebih lanjut, pelancong asing itu harus dilaporkan kepada polis.Jangan bagi muka!’Spesis’ seperti itu harus diberi pemahaman dari segi undang-undang.

Sudah pasti tahun depan pelancong akan lebih ramai datang kerana Tahun Melawat Malaysia justeru diharapkan Kementerian Pelancongan selain mempromosikan tempat-tempat menarik, promosikan juga kepada mereka soal adab dan adat sepanjang berada di negara ini.

Kita tidak mahu ada pelancong yang mencurah air kepada pengawal keselamatan atau memaki hamun rakyat negara seperti mana kejadian di Zus Coffee. Sememangnya kita mengalu-alukan kedatangan pelancong tetapi biarlah pelancong tersebut beradab dan tahu di mana bumi dipijak!

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img