Pemandu jentera penggelek JPS maut, kenderaan hilang kawalan

SEORANG pemandu jentera penggelek (compactor roller) maut selepas jentera dipandunya hilang kawalan dan terbabas ke dalam semak di Kampung Anak Ayer Durian Daun, Kampung Pondoi di Tampin hari ini.

Ketika kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 45 tahun dikatakan sedang menjalankan kerja penyelenggaraan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di kawasan berkenaan.

JENTERA penggelek dipandu mangsa ketika melakukan kerja penyelenggaraan di jalan dalam kebun Kampung Anak Ayer Durian Daun, Kampung Pondoi, Tampin hari ini. GAMBAR: IPD Tampin

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, jentera jenis Bomag Ltd yang dipandu lelaki tempatan itu sedang mengundur namun ia gagal dikawal lalu terjatuh menggelongsor ke dalam Semak.

“Berikutan itu, pemandu jentera terbabit mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Tampin untuk menerima rawatan awal namun disahkan meninggal dunia di hospital pada jam 3 petang.

“Mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amiruddien berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Daerah Tampin di talian 06-441 2502 atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Sritharan.

Kata beliau, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here