Pemandu warga emas maut, lima pekerja wanita cedera van pekerja kilang terlibat kemalangan

SEORANG pemandu lelaki warga emas maut manakala lima wanita cedera apabila sebuah van membawa pekerja kilang terlibat dalam kemalangan berhampiran Puspakom Seelong, Senai di Kulai pagi ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Penguasa Bomba Muhammae Nor Zaki Mohd Ali berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan tersebut pada jam 6.32 pagi.

Beliau berkata, sebaik sahaja menerima panggilan berkenaan sebuah jentera fire rescue tender dengan lima anggota bomba dari BBP Bandar Baru Kulai bergegas ke lokasi sejauh 14 kilometer.

ANGGOTA bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa kemalangan sebuah van membawa pekerja kilang yang meragut nyawa pemandu lelaki warga emas, manakala lima pekerja wanita cedera berhampiran berhampiran Puspakom Seelong, Senai di Kulai pagi ini. GAMBAR: Facebook Info Kemalangan & Bencana Malaysia

Menurutnya, apabila tiba di lokasi pada jam 6.48 pagi, didapati kemalangan tersebut melibatkan sebuah van dengan kesemua mangsa dalam keadaan tersepit.

“Pemandu van iaitu seorang lelaki warga emas berusia 64 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan yang berada di lokasi menakala lima penumpang wanita lain mengalami cedera ringan.

“Kesemua mereka kemudiannya dikeluarkan oleh anggota bomba dengan menggunakan peralatan power unit. Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala kesemua mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak perubatan bagi menerima rawatan,” katanya.

Muhammad Nor Zaki berkata, operasi menyelamat mangsa kemalangan terkawal pada jam 7.03 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.14 pagi.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img