Penampang diisytihar kawasan bencana banjir

JAWATANKUASA  Pengurusan Bencana Daerah Penampang malam ini mengeluarkan pengisytiharan bencana berikutan banjir melanda daerah itu akibat hujan lebat petang tadi.

Pengerusinya, Noemi Dyena John Tren yang juga Penolong Pegawai Daerah Penampang berkata tiga pusat pemindahan sementara (PPS) telah diaktifkan dan pihaknya kini dalam proses memindahkan mangsa terlibat.

PPS terbabit ialah Kompleks Sukan Penampang, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin dan Sekolah Kebangsaan St Paul Kolopis.

“Setelah pemeriksaan, kawasan dan rumah penduduk terjejas bencana (PTB) didapati tidak selamat untuk didiami,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan berasingan memaklumkan mangsa banjir di Beaufort menurun kepada 154 orang daripada 54 keluarga malam ini, berbanding 213 orang daripada 69 keluarga petang tadi.

“Semua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan kekal (PPK) Selagon, Beaufort. Lapan kampung terjejas akibat banjir di Beaufort,” menurut kenyataan itu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img