Pengasuh direman 3 hari bantu siasatan kematian bayi 11 bulan

SEORANG pengasuh direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang bayi perempuan berusia 11 bulan yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Perintah reman terhadap wanita berusia 30 tahun itu dibenarkan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi di Kompleks Mahkamah Sungai Petani hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri selepas dipercayai terjatuh dari kerusi ketika disuap makan di rumah pengasuh di Taman Permaipura Ceria, Bedong kira-kira jam 2.15 petang Isnin lalu.

Mangsa yang menerima rawatan sejak kejadian itu disahkan meninggal dunia pada jam 10.42 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa yang dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh pengasuh.

Difahamkan, bayi berkenaan merupakan anak tunggal kepada pasangan suami isteri yang kedua-duanya bekerja sebagai jururawat di hospital swasta.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img