Penghantar barang maut dirempuh kereta dipandu warga asing

SEORANG penghantar barang maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Persiaran Mokhtar Dahari, Puncak Alam malam tadi.

Mangsa ketika itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumah dan berhenti di lampu isyarat merah di persimpangan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan membabitkan sebuah motosikal Yamaha Y15ZR dan sebuah kereta Nissan Almera pada jam 8.23 malam.

Menurut beliau, sebuah kereta dipandu seorang lelaki warga asing dari arah belakang merempuh bahagian belakang motosikal yang sedang berhenti di lampu isyarat.

“Berikutan rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hafiz berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Azie Azyanti Mohd Rafae di talian 013-675 6317 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman kamera papan pemuka sebuah kenderaan menunjukkan penunggang motosikal terbabit yang sedang menunggu lampu isyarat merah dirempuh dari belakang.

Video berdurasi beberapa saat itu memaparkan impak pelanggaran menyebabkan mangsa yang juga penghantar barangan Lalamove tercampak dari motosikalnya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img