Penghentian filem Konspirasi tidak dipengaruhi mana-mana pihak – Elepfilm

SYARIKAT Elepfilm Entertainment menegaskan keputusan menghentikan tayangan filem itu tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan berdasarkan situasi semasa.

GAMBAR: Facebook Elepfilm Entertainment

“Keputusan dibuat secara dalaman oleh pihak pengurusan dan bukan atas tujuan publisiti atau strategi pemasaran.

“Elepfilm Entertainment memohon supaya semua pihak menghentikan sebarang spekulasi, andaian atau penyebaran maklumat yang tidak sahih,” kata kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Tambahnya, pihak Elepfilm Entertainment menghargai segala maklum balas, sokongan dan pandangan yang diberikan oleh pelbagai pihak berhubung tayangan filem Konspirasi.

“Kami juga berharap penonton akan terus memberikan sokongan kepada tenaga kreatif yang terbabit dalam filem berkenaan dan industri filem tempatan secara keseluruhannya,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, filem Konspirasi yang ditayangkan di pawagam sejak 21 Mei lalu dihentikan tayangan serta-merta sekali gus mencetuskan kejutan dalam kalangan peminat dan penggiat industri.

Filem arahan Ghaz Abu Bakar itu diterbitkan Elepfilm Entertainment dan Asia Tropical Films.

Konspirasi mengangkat kisah anggota penguat kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdepan misi berisiko tinggi dalam membanteras jaringan rasuah dan kebocoran maklumat sulit.

Sementara itu, media masih berusaha mendapatkan pengesahan daripada penerbit, pengarah, Lembaga Penapis Filem (LPF), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan pihak berkepentingan lain mengenai penarikan tayangan filem Konspirasi.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img