Penuntut USM maut dipercayai terjatuh dari asrama

SEORANG penuntut perempuan Universiti Sains Malaysia (USM) berusia 21 tahun maut selepas disyaki terjatuh dari bangunan asrama universiti itu di Gelugor, Georgetown, hari ini.

Mangsa ditemui terlentang di atas lantai simen blok asrama berkenaan oleh petugas kebersihan pada jam 7.25 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, siasatan di lokasi mendapati mangsa ialah penuntut warga tempatan yang menetap di asrama berkenaan.

“Mangsa disyaki jatuh dari bangunan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan luaran pada tubuh mangsa yang disyaki akibat jatuh dari tempat tinggi.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut (SDR).



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here