Penyelia pembersihan cedera motosikal terlanggar kuda berkeliaran

SEORANG wanita yang dalam perjalanan ke tempat kerja mengalami kecederaan selepas motosikal ditungganginya terlanggar seekor kuda yang berkeliaran di Jalan Batang Kali–Genting Highlands di Hulu Selangor pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa yang berusia 47 tahun cedera di kedua-dua belah kaki selepas melanggar haiwan berkenaan di salah satu selekoh jalan tersebut.

BEBERAPA ekor kuda yang berkeliaran di Jalan Batang Kali- Genting Highlands

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu melalui Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor pada jam 9.50 pagi.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Batang Kali menuju ke Genting Highlands sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

“Apabila tiba di salah satu selekoh Jalan Batang Kali–Genting Highlands, mangsa terlanggar seekor kuda yang berada di atas jalan bersama sekumpulan kuda lain.

“Berikutan perlanggaran itu, mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan pada kedua-dua belah kaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Kuda yang dilanggar wanita itu mati di lokasi kejadian dan telah ditanam oleh orang awam,” katanya.

Tambah beliau, kes ini disiasat di bawah Peraturan 33(1) LN 166/59 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.

Katanya, maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Nurul Anati Zulkifli di talian 03-6064 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img