Pesara rugi RM250,000 terperdaya skim pelaburan mata wang asing

SEORANG  pesara kerugian lebih RM250,000 akibat terperdaya dengan skim pelaburan mata wang asing tidak wujud.

Ketua Polis Kluang, Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian dikatakan berlaku selepas mangsa berusia 65 tahun itu tertarik dengan satu iklan pelaburan menjanjikan pulangan lumayan ketika melayari internet pada 15 Ogos lalu.

Katanya, sindiket terbabit menjanjikan pulangan itu dalam tempoh singkat sebelum meminta mangsa mendaftar menerusi pautan diberikan selepas berhubung dengan ‘ejen pelaburan’.

Beliau berkata,  mangsa kemudiannya membuat pembayaran berjumlah RM261,420 ke dalam empat akaun bank berbeza secara berperingkat.

“Pembayaran dibuat antara 2 November hingga 23 Disember lalu dan mangsa mendapati terdapat keuntungan berjumlah RM500,000 dalam akaun pelaburannya,” katanya dalam kenyataan.

Bharin berkata, mangsa bagaimanapun diminta membuat pembayaran lagi jika mahu mengeluarkan keuntungan.

“Sedar dirinya ditipu, dia kemudiannya membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img