PAKATAN Harapan (PH) kesal di atas tindakan 14 ADUN UMNO Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang menarik sokongamn terhadap Menteri Besar negeri itu Datuk Seri Aminuddin Harun semalam dan menyifatkan ia tidak menghayati semangat Kerajaan Perpaduan.
Sehubungan Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil berkata, PH menolak keras langkah pengkhianatan yang dilakukan UMNO BNl Negeri Sembilan untuk cuba menebuk atap dan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri apatah lagi alasan tindakan 14 ADUN berkenaan tidak terkait sama sekali dengan prestasi Menteri Besar.
‘’Tindakan UMNO BN Negeri Sembilan dilakukan tanpa mempedulikan kebajikan rakyat, malah dilakukan pada ketika Kerajaan Perpaduan dan negara berdepan dengan krisis bekalan global, dan berusaha menguruskan ekonomi serta mengurangkan beban yang dihadapi rakyat,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.
Tindakan 14 ADUN BN itu telah mewujudkan ketegangan politik di Negeri Sembilan memandangkan PH kini memerintah dengan kerusi minoriti. Malam tadi BN Negeri Sembilan mendakwa mempunyai majoriti mudah menubuhkan kerajaan melalui lima ADUN Perikatan Nasional.
Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahi mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha DAP Anthony Loke.
Fahmi berkata, PH memberi komitmen bahawa, seperti yang telah disembah maklum oleh Anwar kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Aminuddin berjalan seperti biasa.
‘’Pakatan Harapan akan kekal memberi kerjasama kepada kepimpinan Kerajaan Negeri demi kestabilan ekonomi negeri dan kebajikan rakyat. Pakatan Harapan juga akan terus mempertahan peranan dan fungsi institusi Raja-Raja Melayu,’’ kata Fahmi.


