PM akan buat pengumuman legakan rakyat pada malam ambang merdeka

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan membuat  beberapa pengumuman pada malam ambang merdeka, 31 Ogos ini, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang mampu memberi kelegaan kepada rakyat.

Katanya, selain pengumuman berkenaan, pembentangan Belanjawan 2027 pada Oktober depan turut dijangka membawa manfaat dan kesejahteraan kepada rakyat.

“Doakan kepada Allah SWT semoga kita diberi kekuatan. Pada ambang Merdeka nanti, saya mungkin akan membuat beberapa pengumuman yang boleh melegakan rakyat. Begitu juga dalam pembentangan Belanjawan pada Oktober tahun ini,” katanya.

Perdana Menteri memaklumkan perkara itu semasa program Semarak Kemerdekaan di Kem Terendak, Melaka hari ini.

Dalam ucapan beliau, Perdana Menteri  mengumumkan Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi kerja-kerja menyelenggara 22 masjid dan surau di empat Kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Melaka.

Beliau berkata,  penyelenggaraan membabitkan Kem Terendak, Kem Sungai Udang , Kem Masjid Tanah dan Kem Wataniah Bukit Beruang itu bertujuan untuk menyediakan kemudahan yang lebih selesa.

“Kita telah meluluskan peruntukan sebanyak RM147,000 untuk Badan Amal dan Kebajikan Tentera (BAKAT) Melaka. Selain itu, saya ingin mengumumkan peruntukan kepada masjid dan surau di Kem Terendak, Kem Sungai Udang, Masjid Tanah serta Kem Bukit Beruang.

“Ia bagi tujuan kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan. Sementara menunggu kelulusan Belanjawan, saya turut meluluskan peruntukan awal sebanyak RM1 juta,” katanya.

Jumlah itu disalurkan kepada empat kem berkenaan bagi memperkukuh aktiviti kebajikan serta menyokong pembangunan keluarga warga Tentera Darat.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img