PM akan jawab isu KWAP di Dewan Negara esok

DATUK Seri Anwar Ibrahim memberitahu beliau akan menjawab isu pelaburan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dalam syarikat eFishery dalam Dewan Negara, esok.

Perdana Menteri berkata, KWAP mempunyai panel pelaburan serta lembaga sendiri yang menguruskan keputusan pelaburan, namun enggan mengulas lanjut sehingga dibentangkan esok.

“Saya tak mahu bagi alasan, biar kita bagi apa faktanya esok dalam Dewan Negara.

“KWAP itu betul, dia bawah keseluruhannya. Tapi ini syarikat kewangan, pegangan pencen, dana pencen, ada panel pelaburan, lembaga, dia tak lapor pada kita.” katanya kepada media selepas menghadiri Program MADANI Kita di Dewan Komuniti Taman Perpaduan, di Ipoh hari ini.

Terdahulu, Kementerian Kewangan (MoF) dalam jawapan bertulis di Parlimen mengesahkan pelaburan KWAP dalam eFishery adalah mangsa penipuan terancang susulan terdapat manipulasi laporan kewangan oleh pihak pengurusan syarikat dari Indonesia itu.

MoF dilaporkan, konsortium pelabur termasuk KWAP mengambil langkah tegas termasuk tindakan undang-undang, meneruskan usaha pemulihan dana, melaksanakan semakan tata kelola dalaman serta memperkukuh kawalan bagi melindungi kepentingan pelaburan.

Media sebelum ini melaporkan eFishery disiasat susulan dakwaan penyelewengan kewangan, termasuk manipulasi penyata kewangan yang menyebabkan hasil syarikat dilaporkan lebih tinggi daripada angka sebenar.

DealStreetAsia melaporkan KWAP melabur kira-kira AS$47.7 juta (RM200 juta) dalam pusingan pembiayaan Series D eFishery pada 2023.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img