PM arah semak semula pengendalian permohonan oleh TalentCorp

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Sumber Manusia menyemak semula pengendalian permohonan oleh TalentCorp, termasuk permohonan daripada doktor berhasrat kembali berkhidmat di Malaysia.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata, Perdana Menteri mahu kementerian itu membentangkan hasil penemuan semakan tersebut kepada Jemaah Menteri.

“Perdana Menteri meminta Kementerian Sumber Manusia untuk meneliti (proses permohonan) dan melaporkan kembali kepada Jemaah Menteri berkait satu agensinya, TalentCorp,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet, di Putrajaya hari ini.

Fahmi berkata, semakan tersebut merangkumi status permohonan diterima, tempoh masa diambil diproses, serta jumlah permohonan lulus atau ditolak, termasuk permohonan doktor yang ingin pulang berkhidmat ke tanah air.

Beliau berkata, arahan dikeluarkan berikutan kebimbangan disuarakan kepada Anwar oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Bulan lalu, Menteri Kesihatan Datuk Dzulkefly Ahmad, berkata Program Kepulangan Pakar (REP) bawah TalentCorp bertujuan menarik minat rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, termasuk profesional perubatan dan penjagaan kesihatan untuk kembali ke tanah air.

Permohonan tertinggi bagi program REP dalam sektor penjagaan kesihatan datangnya dari United Kingdom (UK), Singapura, dan Australia, dengan pakar perubatan serta doktor membentuk kumpulan profesional terbesar yang memohon program terbabit.

Beliau berkata, doktor dan jururawat warga asing turut dibenarkan berkhidmat di Malaysia di bawah syarat ketat yang dikawal selia MMC dan Lembaga Jururawat Malaysia bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di fasiliti kritikal dan lokasi tertentu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here