PM zahir takziah atas kemangkatan kakanda Sultan Pahang

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta seluruh Kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan Almarhumah Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Datuk Seri Aishah Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook turut mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat dan mengurniakan keampunan serta menempatkan Almarhumah dalam kalangan para solihin.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat, mengurniakan keampunan serta menempatkan Almarhumah Yang Amat Mulia dalam kalangan para solihin,” katanya dalam hantara itu.

Beliau turut mendoakan agar Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang serta seluruh kerabat diraja dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan berkenaan.

Terdahulu, Istana Pahang dalam kenyataan memaklumkan, Almarhumah mangkat di sebuah hospital di ibu negara pada jam 9.15 malam tadi.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya memaklumkan, jenazah Almarhumah akan dibawa ke Makam Diraja Pahang, Pekan pagi ini untuk dimakamkan dengan penuh penghormatan dan istiadat.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here