Polis mohon bantuan kesan anggota tentera hilang

POLIS  memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang anggota tentera yang dilaporkan hilang sejak 26 September lepas.

Ketua Polis Daerah Bentong ACP Zaiham Mohd Kahar dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Muhammad Danial Asraf Azizan, 21, daripada ibunya yang berusia 41 tahun semalam kerana lelaki itu tidak dapat dihubungi sehingga laporan polis dibuat.

Beliau berkata lokasi terakhir lelaki itu dilihat adalah di Kompeni Charlie, Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Bentong.

Zaiham berkata Muhammad Danial berketinggian kira-kira 162 sentimeter, berambut pendek hitam, bermata hitam, berwajah panjang dan berkulit sawo matang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang keberadaan lelaki itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong menerusi talian 09-223 1999.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here