Polis rampas  ganja bernilai RM5.9 juta, 7 ditahan, jadikan Lembah Klang lokasi pengedaran termasuk ke Eropah

Polis menumpaskan sindiket dadah yang dipercayai menjadikan Lembah Klang sebagai lokasi pengedaran selain pasaran luar negara terutamanya negara eropah, menggunakan mata wang Euro.

Berikutan kejayaan itu dicapai selepas polis  merampas dadah jenis bunga dan daun ganja seberat 173.14 kilogram (kg) bernilai RM5.9 juta, dalam empat serbuan berasingan pada 3 Oktober dan 5 Oktober.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata polis turut menahan lima lelaki dan dua wanita berusia antara 25 hingga 41 tahun, serta merampas dua buah kenderaan dengan nilai sitaan berjumlah RM129,000.

Beliau berkata dua lelaki dan seorang perempuan ditahan dalam serbuan pertama di sebuah rumah di sekitar Subang Jaya, sebelum pemeriksaan di premis itu menemukan 115 bungkusan plastik berisi dadah disyaki bunga ganja seberat 112.23kg serta 43 paket plastik berisi ketulan ganja seberat 4.72kg.

“Serbuan kedua di tepi jalan sekitar Petaling Jaya pula membawa kepada penahanan dua lelaki yang menaiki kereta jenis Perodua Alza bersama 12 bungkusan plastik berisi bunga ganja seberat 12.52kg.

“Suspek berikutnya iaitu seorang lelaki dan wanita telah ditahan dalam serbuan ketiga di sebuah hotel sekitar Selayang, sebelum pemeriksaan di dalam bilik berkenan menemukan dua bungkusan plastik berisi bunga ganja seberat 2.1kg,” katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini.

Hussein berkata tangkapan di Selayang membawa kepada rampasan 40 bungkusan plastik berisi bunga ganja seberat 41.56kg, yang disimpan di dalam kereta jenis Toyota Vios di kawasan parkir sebuah kondominium di Petaling Jaya.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek yang ditahan negatif daripada sebarang jenis dadah, namun empat daripadanya masing-masing memiliki 18, lapan, enam dan tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah,” katanya.

Hussein berkata kesemua suspek warga tempatan itu masing-masing ditahan reman antara 4 hingga 19 Okt dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img