Polis selamatkan lelaki warga China dikurung tiga hari, dua suspek ditahan

POLIS berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga China yang didakwa dikurung selama tiga hari di sebuah unit Airbnb di Jalan Peel selepas dijadikan ‘penjamin’ kepada rakannya yang berhutang akibat berjudi, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, susulan kejadian itu pihaknya menahan dua lelaki tempatan berusia 30 tahun dalam serbuan kira-kira jam 9 malam.

“Siasatan awal mendapati mangsa berusia 36 tahun dijadikan ‘penjamin’ kepada rakannya yang berhutang judi sebanyak RM100,000.

“Berikutan rakannya melarikan diri, mangsa dikurung selama tiga hari oleh suspek sebagai desakan untuk melunaskan hutang itu,” katanya dalam kenyataan.

Dalam serbuan di Jalan Peel itu, polis turut merampas segugus kunci rumah, kad akses dan dua telefon bimbit bagi membantu siasatan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan, manakala usaha mengesan dalang utama yang masih bebas sedang giat dijalankan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img