Polis cari waris lelaki bogel di jalan raya, dipercayai kurang siuman

SEORANG lelaki yang berjalan tanpa berpakaian di Jalan Lebuh Bukit Jambul, Bayan Lepas, dipercayai kurang siuman dalam kejadian Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 10.40 pagi.

Menurutnya, sepasukan polis bergegas ke lokasi bagi membantu petugas Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM).

“Anggota mendapati individu itu berada di tengah jalan dalam keadaan bogel sebelum berjaya ditahan berhampiran persimpangan lampu isyarat berdekatan sebuah kolej swasta dengan bantuan petugas ambulans,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, lelaki berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

“Kini individu itu masih ditempatkan di wad psikiatrik HPP. Memandangkan dia tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri, usaha sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti serta mengesan warisnya,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img