Polis tahan 3 warga Myanmar larikan diri selepas kereta terlibat kemalangan

POLIS berjaya menahan tiga warga Myanmar yang melarikan diri selepas kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan di KM 23 Jalan Lipis-Merapoh berhampiran sebuah stesen minyak di Padang Tengku, Kuala Lipis, semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintenden Ismail Man berkata pihaknya menahan seorang wanita dan dua lelaki itu pada 8.45 pagi tadi di sebuah ladang kelapa sawit kira-kira dua kilometer dari lokasi kemalangan.

“Kesemua suspek mengalami kecederaan ringan selepas terlibat dalam kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ismail berkata kemalangan pada kira-kira 4.30 petang semalam berlaku ketika pemandu kereta jenis BMW warga tempatan dan lima penumpang Myanmar dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata ketika melalui pemeriksaan polis di sekatan jalan raya di KM 28 Jalan Lipis-Merapoh, pemandu lelaki berusia 45 tahun bertindak melarikan diri dengan memecut kenderaan menghala ke arah Lipis sebelum terbabas dan melanggar tangki air di hadapan sebuah kedai makan.

Ismail berkata ujian saringan air kencing mendapati pemandu  itu positif methamphetamine.

Kes disiasat antaranya mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 55E dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img