Wanita maut kemalangan lori dan dua kereta

SEORANG  wanita maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan dua kereta di Kilometer 50, Simpang Tiga Kampung Batu 29, dekat Sungai Tong di Jalan Persekutuan Kuala Terengganu-Kota Bharu petang semalam.

Ketua Polis Daerah Setiu Superintenden Zahril Asri Mohd Zain berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 4.01 petang dan kejadian dipercayai berlaku sekitar 3.50 petang.

Beliau berkata mangsa Rusmawati Ismail, 58, yang beralamat di Kampung Kerbau Menyusut di Bandar Permaisuri, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Setiu.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada sebuah lori rigid Isuzu dipandu lelaki tempatan berusia 52 tahun dari arah Kota Bharu hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang Perodua Axia yang dipandu wanita itu.

“Ketika kejadian, mangsa sedang berhenti untuk masuk simpang di sebelah kanan jalan. Akibat pelanggaran itu, Perodua Axia berkenaan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah Proton Iswara yang dipandu lelaki tempatan berusia 58 tahun dari arah Kuala Terengganu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zahril Asri berkata pemandu dan kelindan lori tidak mengalami kecederaan manakala pemandu Proton Iswara cedera pada bahagian pinggul dan sedang menerima rawatan di Hospital Setiu.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img