PRN Sabah: Anthony Loke ambil tanggungjawab penuh kekalahan DAP

SETIAUSAHA Agung DAP, Anthony Loke mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan teruk parti itu yang menyaksikan ia gagal mengekalkan sebarang kerusi.

Dalam satu catatan Facebook, Loke berkata, DAP menerima dan menghormati keputusan pengundi di semua lapan kawasan yang ditandinginya.

“Pucuk pimpinan parti akan mengambil iktibar daripada keputusan ini dan menilai semula segala kelemahan kami serta berusaha untuk memenangi semula sokongan rakyat pada pilihanraya akan datang.

“DAP Sabah masih mempunyai dua wakil di Parlimen dan kedua-dua Ahli Parlimen DAP akan melipatgandakan usaha dan gerak kerja mereka di kawasan Kota Kinabalu dan Sandakan,” tambahnya.

DAP tewas di kesemua lapan kerusi yang ditandinginya. Di Kapayan, penyandangnya, Jannie Lasimbang tewas kepada Warisan berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada GRS.

Kekalahan DAP menandakan masalah bagi Pakatan Harapan.

Walaupun keputusan bagi kerusi PKR masih belum diumumkan, perkembangan setakat ini menunjukkan bahawa pakatan yang diusahakan oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan sokongan GRS dan BN  tidak diterjemahkan kepada undi yang mencukupi untuk memastikan PH terus bertahan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img