Rakyat bakal nikmati 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan

RAKYAT bakal menikmati 10GB data percuma sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 menerusi Insentif Rebat Rahmah HKHM 2026.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata inisiatif itu hasil kerjasama kerajaan dengan lima syarikat telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, TM, U Mobile dan YES.

Katanya, semua pengguna perkhidmatan prabayar dan pascabayar dalam kalangan warganegara Malaysia yang layak akan menerima data percuma itu.

“Semua pengguna perkhidmatan prabayar dan pascabayar dalam kalangan warganegara Malaysia yang layak akan menikmati pemberian 10GB data percuma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan Rakan Strategik Program Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 di Kementerian Komunikasi.

Daripada jumlah itu, 5GB akan diberikan pada Hari Kebangsaan 31 Ogos, manakala baki 5GB pada Hari Malaysia 16 Sept.

Fahmi berkata, kaedah dan tempoh penebusan akan diperincikan syarikat telekomunikasi terbabit, tertakluk kepada terma dan syarat.

Katanya, soalan lazim (FAQ) mengenai inisiatif itu juga akan dimuat naik di laman sesawang Kementerian Komunikasi dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, Fahmi memberitahu nilai keseluruhan tajaan HKHM 2026 setakat ini mencecah RM48.63 juta, meningkat lebih 118% berbanding RM22.3 juta tahun lalu.

Daripada jumlah itu, RM2.7 juta adalah sumbangan tunai, manakala RM45.93 juta dalam bentuk barangan dan perkhidmatan.

“Berdasarkan keseluruhan nilai tajaan, 50% adalah berbentuk promosi, 30% berbentuk barangan untuk diberikan kepada pengunjung, manakala baki 20% lagi merupakan tajaan kepada jawatankuasa terlibat dalam penganjuran HKHM 2026,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here