Tertarik tawaran untung  berlipat ganda, pesara wanita rugi RM108,000 di Pontian

AKIBAT terperdaya janji untung berlipat ganda, seorang pesara wanita berusia 61 tahun di Pontioan mengalami  kerugian RM108,000 selepas ditipu sindiket  pakej pelaburan saham tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, menerima laporan kes berkenaan semala.

Katanya, wanita itu berurusan dengan individu yang menawarkan pakej pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan sehingga mencecah 80 peratus.

“Tertarik dengan tawaran keuntungan yang dijanjikan, wanita berkenaan membuat beberapa transaksi di atas talian bermula 11 Mac hingga 17 April lalu dengan jumlah keseluruhan RM108,000.

“Mangsa menyedari ditipu apabila pihak syarikat pelaburan itu meminta penambahan bayaran untuk tujuan bagi sebarang pengeluaran wang termasuk keuntungan yang dipaparkan di aplikasi berkenaan, ” katanya.

Hadzrat Hussien berkata, modus operandi sindiket pelaburan bermula dengan cara mangsa dimasukkan ke dalam sebuah kumpulan whatsApp rakan sindiket sebagai ahli baru.

Katanya, mangsa akan terpedaya untuk menyertai pelaburan dengan testimoni palsu, selain dijanjikan menerima keuntungan berlipat kali ganda.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara 1 dan tidak melebihi sepuluh tahun dengan sebatan dan juga denda.

“Orang ramai disarankan menggunakan talian CCID Infoline dan perkhidmatan ‘Semak Mule’ serta muat turun aplikasi ‘Whoscall’ sebelum membuat sesuatu pembayaran transaksi pembayaran, ” katanya.

Jika menjadi mangsa penipuan, hubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 dengan segera bagi tindakan awal untuk menyekat pengaliran keluar wang akaun suspek.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img