Sekolah agama di Iskandar Puteri rugi RM5,000 dipecah masuk

SEBUAH sekolah agama di Taman Pulai Indah di Iskandar Puteri kerugian kira-kira RM5,000 selepas premis itu dipercayai dipecah masuk awal pagi semalam.

Kejadian yang dipercayai berlaku antara tengah malam hingga jam 3 pagi itu mengakibatkan beberapa barangan berharga milik Sekolah Agama Taman Pulai Indah (SATPI) hilang, selain kerosakan pada bahagian bangunan sekolah.

Menerusi kenyataan di media sosial, pihak sekolah memaklumkan antara barangan yang dilarikan termasuk komputer riba, televisyen, kamera litar tertutup (CCTV) jenis ‘Cloud Box‘ dan sebuah peti besi.

Malah, penjenayah turut merosakkan pintu serta tingkap pejabat sekolah bagi membolehkan mereka memasuki premis berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang guru lelaki sekolah berkenaan.

“Kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Kerugian dilaporkan sebanyak RM5,000,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor BH.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here