HARI ini apabila hujan lebat kebimbangan orang ramai khususnya di Lembah Klang banjir kilat bakan berlaku menjadi kenyataan
Hujan yang berterusan sejak tengah hari mengakibatkan beberapa kawasan dan laluan utama di Shah Alam dan Klang dilanda banjir kilat.
Dalam media sosial, orang ramai berkongsi gambar dan video yang menunjukkan banjir kilat di beberapa kawasan termasuk i-City Seksyen 8, Plaza Tol Kota Kemuning menghala ke Klang.

Kawasan lain turut terlibat Taman Sri Muda, Shah Alam; Sungai Undang, Klang; Sementa, Kapar serta Taman Bayu Perdana. Air dikatakan naik mendadak dan menenggelamkan sebahagian jalan raya sehingga menyebabkan pergerakan kenderaan di kawasan telibat tergendala.
Meninjau komen-komen dalam media sosial, majoriti kecewa dengan kejadian banjir yang berulang sehingga menjejaskan aktiviti mereka setiap kali musim hujan.

Persoalannya apa kesudahannya ? Sampai bilakah penduduk Shah Alam salah sebuah bandar raya yang dianggap moden dan maju akan terus dipaksa mengharungi keadaan tersebut? Sampai bila orang di Klang sentiasa resah bila hujan?
Orang ramai sudah muak, orang sudah bosan hujah oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ia memandangkan masalah ini sudah lama berlaku. Keghairahan melaksanakan pembangunan dikatakan menjadi salah satu faktor bencana tersebut. Justeru cari jalan,selesaikanlah isu banjir ini kerana orang ramai mahu melihat penyelesaian bukannya mendengar alasan.





