Siasatan kes 1MDB babitkan Jho Low masih on, belum ditutup – SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menutup siasatan terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali Jho Low yang terbabit dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, siasatan terhadap individu berkenaan masih dijalankan.

“Ya, siasatan terhadap Jho Low masih lagi on, tak pernah ditutup. Ia masih lagi dibuka,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.

Media hari ini media melaporkan, Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong menafikan dakwaan bahawa Jho Low memasuki Malaysia bersama delegasi dari China tahun lalu untuk mengadakan rundingan berkaitan skandal 1MDB.

Perkara berkenaan dibangkitkan semasa sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat pagi ini, apabila Chin Tong menjawab soalan daripada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) mengenai isu terbabit.

Terdahulu, Syed Saddiq memetik laporan media bahawa Jho Low didakwa menghadiri mesyuarat rahsia di negara ini pada hujung tahun lalu bagi mengadakan rundingan berkaitan pakej pembayaran semula 1MDB yang membabitkan Kementerian Kewangan (MoF).

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img