Sindiket import ayam sejuk beku tidak sah lumpuh, disyaki rasuah pegawai pelabuhan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya melumpuhkan sindiket import ayam sejuk beku secara tidak sah di Sabah yang dipercayai merasuah pegawai pihak berkuasa  di sebuah pelabuhan di negeri itu.

Menurut sumber, dalam operasi dijalankan menerusi “Op Chick” oleh Bahagian Perisikan SPRM dengan kerjasama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), hari ini  sebanyak 10 kontena ayam sejuk beku yang diimport dari Negara China secara tidak sah telah disita.

“Bardasarkan siasatan awal, kontena-kontena yang berisi ayam sejuk beku berkenaan telah diisytihar secara tidak benar dan tidak melalui proses pemeriksaan yang ditetapkan.

“Susulan operasi ini, SPRM telah menahan tiga lelaki lingkungan usia 30-an hingga 50-an yang berperanan sebagai ejen penghantaran dan pengurus syarikat. SPRM juga kini sedang mengenal pasti individu-individu yang terlibat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Sri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan mengenai operasi dan tangkapan berkenaan serta berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

Katanya, ketiga-tiga suspek akan di bawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu untuk proses permohonan reman bagi membantu siasatan, esok.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here