4 lori terbabit kemalangan, seorang maut, 2 parah

SEORANG maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan empat buah lori di Kilometer 73.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Machap, pagi ini.

Nahas berlaku kira-kira jam 11.15 pagi dan mangsa yang maut disahkan sebagai pemandu lori berusia 31 tahun.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku apabila lori dipandu mangsa dari arah Johor Bahru menuju Kuala Lumpur merempuh belakang sebuah lori lain kerana tidak sempat berhenti ketika kesesakan.

“Lori dirempuh kenderaan mangsa kemudian bergerak dan melanggar belakang sebuah lagi lori di hadapan. Lori itu juga turut merempuh lori jenis sama di hadapannya.

“Mangsa yang maut disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala manakala pemandu dan kelindan sebuah lori lain cedera dengan masing-masing tersepit pada tempat duduk kenderaan.

“Mereka segera dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurut Bahrin, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here