SPRM tahan pesara tentera, terima rasuah RM405,000 jual pangsapuri PVATM di bawah harga pasaran

Pesara tentera diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana disyaki menerima suapan RM405,000 sebagai balasan menjual aset Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) di Pulau Pinang pada harga bawah pasaran.

Menurut sumber, suspek yang juga bekas ketua penerangan PVATM berusia 60-an itu ditahan kira-kira 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang dan siasatan mendapati kejadian itu berlaku sekitar 2015.

“Suspek disyaki telah meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM405,000 daripada penjualan aset PVATM, iaitu lima unit pangsapuri yang terletak sekitar Pulau Pinang.

“Suspek juga dipercayai telah menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi miliknya dan sebanyak 12 transaksi telah dikesan,” katanya, lapor FMT.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang S Karunanithy mengesahkan penahanan tersebut dengan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Suspek akan didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth, pada Rabu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img