Suspek diburu kes simbah petrol, bakar warga emas berjaya ditahan

SEORANG lelaki yang sebelum ini diburu polis selepas terlibat dalam kejadian menyimbah petrol sebelum membakar seorang wanita di sebuah premis menjual nombor ramalan di Taman Pusat Kepong pada 9 Ogos lalu, berjaya ditahan hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sentul, Superintenden Jasni Zolpa mengesahkan penahanan suspek tengah hari tadi.

“Ya suspek sudah ditahan dan satu sidang media akan diadakan esok,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Harian Metro.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita warga emas melecur 50 peratus pada badan selepas disimbah cecair dipercayai petrol dan dibakar di sebuah premis menjual nombor ramalan di Taman Pusat Kepong.

Jasni dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian kira-kira jam 8 pagi memaklumkan mangsa berusia 62 tahun dan bekerja sebagai penjaga kaunter premis berkenaan diserang suspek lelaki yang tidak dikenali.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here