Suspek serang polis guna parang ketika serbuan dadah

SERBUAN dadah di Tanjung Kling bertukar cemas apabila seorang lelaki bertindak menyerang anggota polis menggunakan parang dalam kejadian malam Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian kira-kira jam 9 malam itu berlaku ketika sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka menjalankan operasi hasil risikan berkaitan aktiviti dadah.

Menurutnya, situasi menjadi tegang apabila suspek secara tiba-tiba mengeluarkan ugutan sebelum menyerang seorang anggota berpangkat lans koperal dengan parang panjang.

“Akibat kejadian itu, anggota terbabit mengalami kecederaan iaitu bengkak pada ibu jari tangan kiri.

“Suspek kemudian melarikan diri, namun berjaya ditahan tidak lama selepas kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, lelaki terbabit akan dihadapkan ke Mahkamah Melaka di Ayer Keroh hari ini atas enam pertuduhan membabitkan Seksyen 324, 506 dan 186 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, melakukan ugutan jenayah serta menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Selain itu, suspek turut berdepan pertuduhan lebih berat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki senjata berbahaya di tempat awam.

Kes turut melibatkan pertuduhan di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 berkaitan pemilikan dadah.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img