Syarikat pengangkutan darat barangan, awam 3 wilayah digesa daftar segera SKDS

SYARIKAT-syarikat pengangkutan darat dan awam di Sabah,Sarawak dan membuat pendaftaran Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) segera.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali berkata, pendaftaran melalui SKDS membolehkan syarikat yang berkelayakan terus menikmati manfaat subsidi diesel melalui mekanisme fleet card pada kadar RM2.15 seliter bagi sektor pengangkutan darat barangan dan RM1.88 seliter bagi sektor pengangkutan darat awam.

Katanya, sehingga semalam sebanyak 14,415 kenderaan melibatkan 3,922 syarikat di Sabah telah direkodkan berdaftar di bawah SKDS.

‘’Langkah pendaftaran itu penting bagi memastikan kenderaan syarikat tersenarai di bawah 33 jenis kenderaan yang layak didaftarkan terus menerima subsidi diesel,’’ katanya dalam kenyataaan melalui Facebook.

Hari ini Armizan menghadiri  Majlis Penyerahan Fleet Card SmartPay PETRONAS di Kepayan, Kota Kinabalu melibatkan sebahagian syarikat pengangkutan darat barangan yang telah mendapat kelulusan pendaftaran dan menerima fleet card untuk kenderaan berdaftar.

‘’Sebagaimana yang telah diumumkan, pendaftaran bagi permohonan menyertai SKDS untuk pelaksanaan penyaluran subsidi bahan api diesel bagi sektor pengangkutan darat barangan telah diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan WP Labuan bermula 4 Mei 2026. Manakala, penyaluran subsidi bahan api bagi sektor pengangkutan darat awam telah dibuka sejak Jun 2024,’’ katanya.

 Dalam pada itu, Armizan melahirkan penghargaan kepada PETRONAS atas kerjasama strategik yang diberikan dalam pelaksanaan mekanisme fleet card melalui SmartPay PETRONAS.

‘’Kerjasama erat antara kerajaan dan rakan industri seperti ini amat penting dalam memastikan penyaluran subsidi diesel dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, telus dan berkesan demi manfaat kumpulan sasar serta kepentingan negara,’’ katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img