BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menziarahi pusara isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Pusara Negara di Presint 20, Putrajaya hari ini.
Turut hadir Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang meluangkan masa menziarahi pusara Allahyarham sebelum disantuni anak Allahyarham, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Kunjungan berkenaan dikongsikan Dr Mahathir menerusi Facebook beliau bersama beberapa keping gambar dari Pusara Negara.
Menerusi perkongsian itu, Dr Mahathir dilihat menabur bunga di pusara isterinya sebelum menadah tangan berdoa dengan wajah yang jelas kelihatan sayu.
Allahyarham Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada 28 September lalu.
Jenazah Allahyarham disemadikan di Pusara Negara pada hari sama menerusi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.
Kunjungan Dr Mahathir ke pusara isterinya hari ini berlaku beberapa hari selepas pemergian Allahyarham yang selama ini menjadi pendamping beliau sepanjang kehidupan serta perjalanan sebagai negarawan.





