Wanita maut dilanggar kereta ketika berbaring di tengah jalan

SEORANG wanita maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika berbaring di tengah jalan di Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kemalangan membabitkan sebuah Proton Waja dan pejalan kaki pada jam 2.15 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu kereta yang datang dari arah Gong Badak, Kuala Nerus menghala ke Kampung Gong Sentul, Kuala Berang terlanggar mangsa yang berbaring di tengah jalan.

“Pemandu kereta tidak sempat mengelak disebabkan jarak yang terlalu dekat.

“Kemalangan menyebabkan mangsa, Ainun Wahab, 39, yang juga pesakit mental maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1957.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here