Wanita maut, suami dan dua anak parah kemalangan

SEORANG wanita maut manakala suami dan dua daripada empat anaknya parah dalam kemalangan membabitkan Perodua Alza dan Toyota Hilux di Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu, Tanah Merah, jam 3 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, mangsa, Tengku Ziarulwida Tuan Zainudin, 39, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, kemalangan berlaku selepas Perodua Alza yang dipandu suami mangsa, Mohd Saifulzawawi Ghani, 39, masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Toyota Hilux.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.

“Pemandu serta dua anak mereka cedera dan dirawat di Zon Merah manakala dua lagi anak mereka dirawat di Zon Kuning di hospital sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Haki berkata, pemandu Toyota Hilux berusia 48 tahun turut cedera ringan dalam kemalangan itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here