Warga emas rugi RM500,000 ditipu tawaran ‘kerja sambilan’

SEORANG wanita warga emas kerugian lebih RM500,000 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi TikTok.

Mangsa yang berusia 71 tahun sebelum itu dikatakan tertarik dengan tawaran kerja menerusi mesej dihantar individu tidak dikenali sekitar September lalu melalui ‘TK Shop’ dalam aplikasi itu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, dia yang tertarik dengan komisen yang lumayan telah bersetuju menyertai program tersebut dan diberikan beberapa tugasan untuk mendapatkan komisen yang lumayan sebagaimana dijanjikan setelah tugas itu selesai.

“Sepanjang membuat ‘kerja sambilan’ itu, mangsa telah membuat 23 kali transaksi pembayaran membabitkan RM527,130 ke 16 akaun bank berbeza seperti diarahkan dan menyedari dirinya tertipu apabila gagal mendapatkan komisen seperti dijanjikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes ini disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan dan denda jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, Alexson berkata sebanyak 49 kertas siasatan kes dengan modus operandi sama dibuka tahun ini melibatkan kerugian berjumlah RM2.26 juta.

‘Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada terhadap tawaran kerja sambilan secara dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan, segera membuat semakan dengan pihak berkuasa jika tawaran itu meragukan,” katanya.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img