Wong Chen umum keluar PKR, sertai Bersama

DUA hari selepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Subang, Wong Chen hari ini mengumumkan keluar daripada PKR untuk menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama).

Beliau yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen selama tiga penggal dan bersama PKR hampir dua dekad, mengesahkan keputusan itu pada sidang media di ibu pejabat Bersama di Taman Putra Perdana, Puchong.

Wong sebelum ini memberi bayangan akan meninggalkan PKR selepas dua bekas pemimpin parti itu, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing untuk menerajui Bersama.

Wong antara tiga wakil rakyat PKR selain Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung yang akses mereka kepada portal peruntukan kawasan MyKhas ditarik balik selepas menghadiri majlis pelancaran Bersama pada Mei lalu.

Beliau sebelum ini juga memegang jawatan pengerusi bukan eksekutif Malaysia Debt Ventures Bhd, namun digugurkan daripada jawatan itu pada Mei.

Wong pada Isnin lalu mengesahkan telah menghantar surat peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Subang kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Rabu lalu (5 Ogos).

Menerusi hantaran di Facebooknya, bekas wakil rakyat PKR itu memaklumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa jam 5 petang Isnin (10 Ogos.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here