SEORANG lelaki warga Pakistan ditemui maut di sebuah pusat beli-belah di Pusat Bandar Damansara pada 12 April lalu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, mangsa berusia 41 tahun itu bekerja sebagai buruh binaan.
“Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) selepas siasatan mendapati tiada unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan ringkas.
Menurutnya, bedah siasat dijalankan pada keesokan hari selepas kejadian dan mendapati punca kematian adalah tekanan pada leher akibat digantung.


