4 kontena ayam beku tak diisytihar dirampas di Sepanggar

EMPAT kontena dagangan tidak diisytiharkan mengandungi sayap ayam seberat kira-kira 80,000 kilogram bernilai sekitar RM1.5 juta dirampas di Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu, kelmarin.

Rampasan dilakukan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Dermaga Kota Kinabalu dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menerusi operasi pemeriksaan hasil maklumat risikan awal.

“Pemeriksaan yang dijalankan pada jam 2.10 Petang mendapati kesemua kontena berkenaan mengandungi sayap ayam (chicken wings).

“Hasil siasatan awal mendapati dagangan tersebut tidak selaras dengan pengisytiharan yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 133(1)(a)/ 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan.

Tambah kenyataan itu, kes kini dalam siasatan lanjut dan tindakan penguatkuasaan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang.

Sehubungan itu, AKPS menegaskan komitmennya untuk terus memperketat kawalan sempadan dan membanteras sebarang penyelewengan dagangan di pintu masuk negara.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img