Disyaki terdapat bayaran rasuah sebanyak RM2.7 juta setahun kepada beberapa pegawai daripada beberapa agensi penguat kuasa termasuk pihak berkuaa tempatan (PBT) sebagai wang perlindungan.
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima lagi individu terdiri daripada empat penguat kuasa dan seorang pesara agensi penguat kuasa kerana disyaki terlibat rasuah berkaitan rangkaian pusat urut terkemuka di negara ini.
Kesemua suspek disyaki menerima suapan daripada syarikat perniagaan tersebut untuk melancarkan operasi pusat urut serta memudah cara bagi proses permit pekerja asing.
“Disyaki terdapat bayaran rasuah sebanyak RM2.7 juta setahun kepada beberapa pegawai daripada beberapa agensi penguat kuasa termasuk pihak berkuaa tempatan (PBT) sebagai wang perlindungan.” Katany sumber.
Katanya, susulan siasatan itu SPRM telah melakukan penggeledahan di enam lokasi di Lembah Klang melibatkan pejabat serta kediaman suspek-supek yang telah dikenal pasti.
Katanya, SPRM juga telah mengambil tindakan membekukan 124 akaun perbankan milik individu dan syarikat melibatkan nilai kira-kira RM13.3 juta
“Rangkaian pusat urut ini dipercayai menggunakan sistem perakaunan dua lapis di mana 80 peratus jualan tunai tidak dilaporkan, menyebabkan anggaran kebocoran cukai sebanyak RM7.56 juta setahun.
“Disyaki terdapat bayaran rasuah sebanyak RM2.7 juta setahun kepada beberapa pegawai daripada beberapa agensi penguat kuasa termasuk pihak berkuaa tempatan (PBT) sebagai wang perlindungan.” katanya.
Sementara itu di Mahkamah Majitret Putrajaya, empat daripada lima suspek direman selama empat hari sehingga 2 Februari selepas Majistret Ezrene Zakariah membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.
Menurut sumber, sebelum itu, kelima-lima suspek lelaki berusia lingkungan 30 hinga 60-an berkenaan telah ditahan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya ketika hadir memberi keterangan sekitar jam 5 hingga 7 petang semalam.
“Salah seorang daripada suspek telah dibebaskan dengan jaminan SPRM, manakala empat lagi di bawa ke Mahkamah Maijstret Putrajaya untuk permohonan reman.
‘’Sehingga kini juga, SPRM telah mengambil keterangan daripada 16 saksi bagi membantu siasatan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan berkenaan dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009.
Katanya, siasatan juga sedang menganalisis dan mengenal pasti elemen-eleman di bawah kesalahanb jenayah lain khususnya di bawah aktiviti pengubahan wang haram.


