Polis menahan seorang lelaki berhubung kes pecah masuk dan kecurian tabung sebuah masjid di Taman Ikhlas, Cheras, Kuala Lumpur, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 8 Februari lalu.
“Suspek yang berusia lewat 20-an ditahan di kawasan sekitar masjid berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, suspek direman selama tiga hari bermula semalam hingga 13 Februari ini bagi membantu siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.


