Fahmi beri sumbangan RM100 seorang kepada peniaga Bazar Ramadan Pantai

SERAMAI 175 peniaga di Bazar Ramadan Pantai menerima sumbangan RM100 seorang bagi meringankan kos sewaan tapak, hasil inisiatif Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, walaupun kadar sewaan tapak yang ditetapkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah RM400, bantuan itu membolehkan peniaga hanya perlu membayar RM300 sahaja.

“Saya turun hari ini untuk melihat sendiri suasana bazar selain menyampaikan sumbangan kepada peniaga supaya dapat membantu mengurangkan kos operasi mereka,” katanya ketika ditemui media di Bazar Ramadan Pantai di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Touch ‘n Go kerana menyediakan khemah serta kemudahan pembayaran digital kepada peniaga di bazar berkenaan.

Katanya, penggunaan sistem pembayaran tanpa tunai bukan sahaja memudahkan urusan jual beli, malah membantu peniaga menilai prestasi jualan harian serta merancang stok dengan lebih tersusun.

“Inisiatif ini membuka peluang kepada peniaga-peniaga kecil untuk memanfaatkan teknologi digital dalam perniagaan mereka,” ujarnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img