Penganggur mengaku bersalah miliki parang di depan pagar UiTM Machang

SEORANG penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, atas pertuduhan memiliki sebilah parang tanpa kebenaran sah di hadapan pintu pagar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Machang, awal bulan ini.

Tertuduh, Khairulhafiz Mohamad, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abdullah.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa memiliki sebilah parang berhulukan kayu berukuran kira-kira 42 sentimeter tanpa maksud sah atau kebenaran pihak berkuasa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan pintu pagar utama UiTM Machang, pada jam 11 malam, 8 April 2026.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Kamilah Che Ibrahim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 21 Mei ini untuk prosiding jatuh hukum.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki yang mempunyai lebih 10 rekod jenayah ditembak selepas cuba menyerang anggota polis dengan parang di lokasi sama pada 8 April lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 malam itu, suspek berusia lingkungan 30-an cedera di paha kanan dan kini menerima rawatan di Hospital Machang.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img