Budak 12 tahun tidak sedarkan diri selepas dihanyutkan arus longkang ke sungai

SEORANG kanak-kanak lelaki ditemukan tidak sedarkan diri selepas dipercayai terjatuh ke longkang di hadapan rumahnya sebelum dihanyutkan arus ke sungai berhampiran di Taman Ayer Keroh Heights, petang tadi.

Mangsa yang berusia 12 tahun dipercayai terjatuh ketika bermain berhampiran longkang itu sebelum dihanyutkan arus longkang ke sungai berhampiran.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Mohd Shahrom Laji berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5.53 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh digerakkan ke lokasi.

“Pencarian dimulakan di permukaan air kemudian menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jarak kira-kira enam meter dari lokasi dia dipercayai bermain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, anggota bomba melakukan tindakan awal bantuan pernafasan (CPR) sebelum mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk prosedur selanjutnya.

“Mangsa dibawa ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut. Setakat ini, keadaan terkini masih belum diperoleh,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img