Kerajaan saran program, acara rasmi berskala sederhana

KERAJAAN menyarankan agar semua program rasmi, bengkel dan aktiviti berskala besar anjuran kementerian, agensi serta syarikat berkaitan kerajaan dilaksanakan secara sederhana.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini susulan perbincangan yang diadakan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) semalam.

Perdana Menteri telah menegaskan supaya segala acara rasmi, bengkel dan aktiviti-aktiviti besar yang dilaksana oleh kementerian, agensi dan badan berkanun serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) harus pada skala sederhana,” katanya pada sidang media mingguan selepas mesyuarat Kabinet.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi berkata perdana menteri turut menekankan kepentingan penyelarasan pelaksanaan program Kampung Angkat Madani.

Fahmi berkata, inisiatif di peringkat Persekutuan itu perlu dilaksanakan secara teratur dengan penglibatan semua pihak berkaitan.

“Usaha ini perlu diselaras dengan rapi, terutama melibatkan Ahli Parlimen dalam kalangan penyokong kerajaan (backbenchers),” katanya.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan setiap inisiatif kerajaan dapat dilaksanakan secara optimum tanpa pertindihan peranan serta memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img