Lelaki cedera parah terkena renjatan elektrik ketika ceroboh pencawang

SEORANG lelaki cedera parah terkena renjatan elektrik ketika  memasuki ke dalam pencawang elektrik di Taman Riang Sungai Petani untuk mencuri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kejadian berlaku jam 2.08 petang.

Menurutnya, ketika kejadian pengadu yang juga anggota polis yang bertugas di Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menerima panggilan daripada juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung kejadian berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati, suspek terbaring di dalam pencawang akibat terkena renjatan arus elektrik yang kuat.

“Di kawasan kejadian tidak mempunyai rakaman kamera rakaman litar tertutup (CCTV) dan tiada saksi bebas melihat kejadian berkenaan, ” katanya  kenyataan hari ini.

Hanyan berkata, suspek ditangkap semula dan masih dirawat di hospital kerana mengalami kecederaan parah pada tangan, dengan tisu terbakar sehingga menampakkan tulang.

 Katanya lagi, suspek berusia 30-an dan tidak mempunyai pekerjaan selain mempunyai dua rekod lampau di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan 324 Kanun Keseksaan.

Kejadian itu turut tular di media sosial yang menunjukkan lelaki itu dalam keadaan berlumuran darah di dalam bangunan pencawang itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img