Penolong jurutera antara direman beri kontrak RM2.6 juta kepada syarikat keluarga

SEORANG penolong jurutera kanan di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan antara tiga direman kerana disyaki menyalahgunakan kuasa melibatkan kontrak pengurusan dan penyelenggaraan kemudahan bernilai RM2.6 juta.

Majistret Melissa Chia mengeluarkan perintah reman itu berkuat kuasa hari ini sehingga 12 Mei susulan permohonan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan, Andrew Alexander Malibin.

Mengikut fakta kes, penolong jurutera kanan itu didakwa menyalahgunakan jawatannya dengan menggunakan lesen kontraktor utama untuk melantik syarikat subkontraktor berkaitan ahli keluarganya bagi menjalankan kerja pengurusan kemudahan dan penyelenggaraan di Kompleks Darul Kifayah MAIWP Labuan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009, merujuk kepada kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.

Dua individu lain yang direman ialah pemilik SD Smart Legacy dan pemilik A&A Victorian Ventures.

Ketiga-tiga mereka ditahan pada 5 Mei lalu selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Labuan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img